Sebelum ni,aku tak pernah gtau kat korang sume yang ape sebabnya aku buat komen ipta ni sume sebenarnya.cam geng2 aku yang lain,tujuan utama aku buat komen ni adalah sebab ia sebahagian dari tugas aku dalam subjek HCI.Hci subjek yang aku ambik sem ni.3jam kedit je,tak banyak.hehe..Pepe pun,aku arap Sifu aku,Puan Amni berpuas ati dengan komen2 yang telah diberikan..TQ so much sifu!

Kepada Kekawan sekalian..
yang bakal menduduki final xlame lg...
Good luck aku ucapkan..
Jangan bwk toyol dlm peperiksaan k..huhu..

comot kan? ni shahmi,adik bongsu aku yang Ske sgt makan ais krim..Asal aku balik rumah mintak ais krim,asal mintak ais krim aku balik.ish,ape aku ngarut ni:)..Kalu mintak ais krim pok mat yang 20sen se tu takpe gk,ni nk drumstik sparrow.HAha..Nasib ar dapat adik cmni.Tapi,aku happy layan dye coz aku minat n ske men ngan budak2..hehe..Klah,ChoW...

ni adalah gambar yang di ambil mase aku buat projek subjek rekabentuk grafik.bertempat di Kota Bharu,Kelantan mase sem3. ni adalah ahli kumpulan aku.
dari kiri: ammar,lisa,b,aku dan b.e
bawah: arwah epy

Ni gambar aku mase kat rumah lama. Tempatnya di Quarters TNB jalan Panji Alam coz my dad berkerja dengan TNB.Aku tinggal kat sini lama jugaklah dalam 14 tahun lebih. Banyak kenangan aku kat sini. Seingat aku,aku start menimba ilmu di Pasti Panji Alam. Naik sekolah rendah,aku bersekolah di Sekolah Rendah Pusat Bukit Besar. Sekarang ni,aku tengok sekolah rendah aku ni dah mula maju.Kalau dulu,sekolah ni simple je tapi sekarang banyak pengubahsuaian yang dibuat.Mase darjah 6,aku tuisyen kat Pusat Tuisyen Syaz. Aku ingat lagi cikgu2 kat situ buat makan,n 2 first time aku kenal ape itu spegetti.huhuhu..Tapi mase 2 die dimasak ala2 mi goreng la. Sempat jugak aku rase 2,3 sudu.Lepas tu, aku naik sekolah menengah, aku Sekolah kat Sekolah Menengah Bukit Besar. n then, sampai lah aku kat UDM ni…


Seminggu sebelum puasa baru ni,aku berpindah ke rumah baru di Bukit Tok Beng.Pelik kan name kampung baru aku? Tapi takpe, kat rumah baru aku dapat bilik baru and environment jugak baru. Aku suke tinggal kat kampong ni coz aman n tenang je. Jauh kesesakan lalu lintas…

UPNM




interfacenya agak skima sesuai dengan universiti ini.Warna biru yang digunakan cantik.Maklumat yang terdapat di dalamnya boleh tahan,agak terperinci.Link-linknya simple menegak ke bawah.
http://www.upnm.edu.my/

USiM



web ni cantik dan nampak seperti sentiasa di update.maklumat yang terdapat di dalamnya sangat terperinci.aku suke laman web ni. keseluruhannya menakjubkan.Bravo. aku bagi 5 star.
http://www.usim.edu.my/

UMK



Interface cantik. Laman web sentiasa diupdate.Maklumat Banyak. warna background pun boleh tahan,tak sakitkan mata.
http://www.umk.edu.my/

UTHM



Menu nampak menarik dengan warna yang menarik minat iaitu warna ungu dan biru. Penggunaaan animasi juga nampak menarik kerana ianya nampak hidup.Maklumat yang terdapat di dalamnya banyak dan mampu menarik minat.Web ini juga nampak seperti sentiasa diupdate.
http://www.uthm.edu.my/

UNIMAS



Interface kurang cantik sebab latarbelakang putih je. kalu masukkan warna cikit pun mungkin menarik.Gambar yang diletakkan di tepi ucapan "selamat hari raya Aidilfitri" tu kurang sesuai.Lagi cantik kalu letak gambar ketupat ke.Maklumatnya banyak.Boleh dikatakan user friendliness jugak ar.
http://www.unimas.my/

UNIMAP



Penggunaan pelbagai jenis bahasa akan memudahkan pengguna untuk berinteraksi dengan laman web ini. Bahasa yang di gunakan adalah bahasa melayu, bahasa inggeris, bahasa china,bahasa arab dan bahasa thai.Mungkin laman web ini menarik pun sebab bahasanya pelbagai.Akan tetapi susunan layoutnya agak tidak tersusun dan membosankan.
http://www.unimap.edu.my/

UMP


Maklumat yang terdapat dimuka hadapannya padat dan terkini.Akan tetapi,warna kuning yang digunakan di dalam laman web ini terang dan menyakitkan mata. Keseluruhannya,laman web ini simple je. Tak ada apa yang menarik but not bad.
http://www.ump.edu.my/

USM





Laman web ni simple dengan maklumat yang banyak di dalamnya.Bila diperhatikan,laman web ni backgroundnya membosankan, putih je.
Tetapi ada kalendar yang dapat memudahkan user melihat tarikh2 penting.Dari segi penyusunan gambar dan link,ia agak nampak tidak sesuai dan tidak cantik.
http://www.usm.my/

UTeM



Laman web yang ringkas dan padat,cantik dan menarik.
Penggunaan flash pada muka hadapan laman ini menarik minat pengguna.
Maklumat yang terdapat di dalamnya banyak.
Tetapi kekurangan laman web ini ialah ia di dalam versi bahasa inggeris.
Ini akan menyusahkan user dan apabila keadaan ini berlaku,
user akan mudah bosan dan berhenti dari melihat laman web ini.
http://www.utem.edu.my/

;;