AkU BuKaN RoBoT

Kenapa manusia perlu rasa cemburu
Pantang lihat orang senang pasti mengutuk
Kan tersenyum bila lihat orang tersungkur

Cakap senang nenek kau pun buat lebih bagus
Tapi bukan kau yang kerja bertungkus lumus
Mencari peluang berjaya dalam hidup

Memang masih jauh lagi perjalanan ini
Dan masih banyak lagi kan ku tempuhi
Jangan hanya mencari kesilapan saja
Lapikkan kata

Ku tahu Ku bukannya sempurna
Ku perlu ruang untuk belajar

Kadangkala lebih baik pekakkan telinga
Dari dengar mulut yang tak pakai kepala
Mencaci dan menghina ikut suka rasa

Tetapi diri ini takkan mengaku kalah
Meskipun orang hanya mahu cari salah
Namun ketika itu menjadikan aku lebih tabah

Kini baru ku sedar siapa kawan
Kini baru ku sedar siapa lawan
Jika hendak menegur ada caranya
Biarlah membina

Semua serba tak kena
Ku buat ini pun salah
Ku buat itu pun salah
Apa kau mahu pun entahlah
Dari menyakitkan hati
Lebih baik ikut cara sendiri
Terpulang apa kau nak kata
Janjiku tak sakit jiwa

0 Comments:

Post a Comment